1# Ambil gambar barang dapur sebelum keluar shopping
Ambil gambar barang dapur anda, sama ada dalam peti ais atau atas rak sebelum pergi hyper market atau pasar. Ini akan mengingatkan barang apa yang telah habis dan barang apa yang dah ada, boleh mengelakkan pembelian berlebihan.
2 2# Buat katalog barang-barang yang dipinjamkan
Anda
boleh ambil gambar barang-barang yang anda pinjamkan kepada kawan atau ahli keluarga, nanti mudahlah nak ingat
siapa yang pinjam barang apa.
3# Ambil “screenshot” peta @ arah
Ambil “screenshot” peta @ arah tempat yang belum
biasa anda pergi, terutamanya kalau tempat itu tidak ada liputan internet atau
anda dah habis data dan bergantung kepada wi-fi sahaja. Sekurang-kurangnya anda
ada sedikit panduan.
4# Ambil gambar
resit @ dokumen penting
Kadang-kadang
kita selalu terlupa atau hilang resit atau nombor rujukan yang penting, anda
boleh ambil gambar resit @ dokumen . Kalau resit asal hilang jugak anda boleh
gunakkan gambar sebagai bukti dekat kedai untuk diperiksa dengan salinan kedai
(kalau kedai terima la)
5# Untuk “password wifi”
Berapa ramai antara kita yang ada wi-fi dekat rumah,
tetapi apabila saudara atau tetamu datang dan nak guna wi-fi tanya password
kita terlupa password , sebab pada telefon kita dah lama sangat “key in” atau
password hanya angah, acik yang ingat. Ambil “screenshot” password sebagai
rujukan anda sendiri.
6#. Gambar “parking”
kereta
Gunakan
kamera telefon untuk ambil gambar nombor “parking” atau “landmark” berdekatan
dengan kenderaan, terutamanya di tempat yang anda tak biasa pergi.
7# Lokasi
penginapan
Semasa
melancong ambil gambar nombor bilik, nama jalan sekitar , “landmark” terdekat dengan
penginapan anda terutamanya homestay atau penginapan “backpacker”. Ini amat
berguna jika tempat yang lawati ada
halangan bahasa dan perlu segera balik ke penginapan.
8# Gambar orang
yang boleh dihubungi
Semasa melancong , tuliskan butiran peribadi
seperti email, nombor kawan @ saudara, nombor hotel atau penginapan dan
sebagainya ambil gambar, jadikan “lockscreen” @ “homescreen” . Ini amatlah berguna sekiranya
berlaku kecemasan atau telefon anda hilang.
9# Nama @ nombor
preskripsi
“Snap” nama atau nombor ubat untuk kegunaan di farmasi supaya tidak
salah @ bertukar jenis dan dos ubat. Boleh juga ambil gambar ubat atau kandungan yang anda alahan
@ tak boleh makan, tunjuk kepada “Pharmacists” supaya tak terbeli ubat yang salah. “Share” gambar
tersebut semasa meminta bantuan orang lain membeli ubatan anda.
Semasa berpindah atau menyimpan barang didalam stor, ambil gambar isi kotak, supaya mudah untuk anda cari di kemudian hari, terutamanya dokumen penting atau barang yang berharga.
11# Gambar Rambut
Gambar rambut? Ya! Jika anda baru sahaja gunting rambut dan anda suka stail
“haircut” nya ,ambil gambar rambut anda dari beberapa sudut, minta bantuan ahli
keluarga atau rakan jika perlu. Tunjukkan gambar itu kepada “hair stylist” anda
akan datang, terutamanya jika anda sering bertukar-tukar tempat gunting rambut.
Jika anda dan keluarga merancang untuk keluar berjalan-jalan ditempat
yang agak sesak, seperti taman hiburan @ “shopping mall” , ambil gambar
anak-anak sebelum masuk ketempat yang dituju. Ini amat berguna sekiranya tiba-tiba
terpisah dengan anak (semoga tidak terjadi kepada kita semua) , anda boleh berikan gambaran yang tepat rupa anak , baju apa
yang dipakai dan maklumat ini sangat berharga untuk diberikan kepada pihak
berkuasa.
13# Baiki barang DIY
Zaman sekarang zaman DIY, banyak maklumat membaiki barang-barang secara DIY boleh didapati melalui internet, Baru-baru ini pun kami ada terlihat cara DIY untuk servis aircond kereta. Apa yang anda boleh buat ialah ambil gambar barang yang ingin diperbaiki sebelum dibuka satu -persatu. Contohnya gambar kedudukan klip, skru, tudung, komponen dan lain-lain. Ini penting supaya tidak terlupa kedudukan komponen-komponen bila nak pasang balik nanti, tak adalah kes skru terlebih lagi selepas ini!
No comments:
Post a Comment