Menggantung
gambar , lukisan atau khat pada dinding dibelakang sofa adalah teknik mudah
untuk membuat “ focal point” di ruang tamu rumah. Berikut kami akan kongsikan
beberapa tips mudah untuk anda jadikan sebagai panduan sebelum anda “hang”
gambar atau lukisan.
Ukur saiz
frame?
·
Untuk mendapat keseimbangan yang betul saiz
frame anda hendaklah bersaiz sekurang-kurangnya ½ (setengah) ataupun 2/3 dari panjang sofa
anda. Sama ada frame secara individu ataupun set frame dari lukisan yang sama.
·
Jika saiz frame yang anda ada tidak cukup
besar, anda boleh tambah & “match”
lukisan atau gambar untuk mendapat saiz yang disebutkan tadi.
·
Saiz gambar atau lukisan tidak boleh lebih
besar atau panjang dari saiz sofa, kerana ia akan menenggelamkan dan bukannya
menyerlahkan lagi perabot anda.
Berapa
tinggi nak gantung?
- Pada kebiasaannya frame hendaklah digantung pada 8”-10” inci lebih tinggi dari sofa anda. Berbeza sedikit jika menggantung frame secara set (grouping) anda mestilah mengambil kira saiz dan jarak antara frame, jangan gantung kurang dari 5” inci diatas sofa anda, nanti terhantuk pula bila bersandar.
- Jika frame digantung terlampau tinggi ianya akan kelihatan seolah-olah terapung , tidak berhubung dengan perabot, jadi macam pulau.
- Gantung frame pada ketinggian 53”-57” inci dari lantai, dapatkan “eye level” supaya anda boleh menikmati gambar atau lukisan dalam keadaan berdiri ataupun duduk.
- Sebelum paku atau skru, minta bantuan kawan atau ahli keluarga untuk memegang frame ditempat yang anda nak gantung , berundur kebelakang sedikit ,perhatikan sama ada ianya terlalu tinggi atau rendah mengikut “eye level” kita.
Jarak
antara gambar?
- Jika anda menggantung frame secara set atau berkumpulan, pastikan jarak (gap) antara frame 2”-5” inci. Gunakan tape yang mudah tanggal untuk tanda jarak antara frame supaya jaraknya konsisten.
- Jika terlalu rapat frame akan kelihatan terlalu padat
- Kalau jaraknya terlalu jauh nanti nampak terputus-putus dan tak cantik.








No comments:
Post a Comment