Sunday, 24 April 2016

5 Kesilapan yang selalu dibuat semasa memilih warna cat untuk ruang tamu



Memilih warna dinding yang sesuai untuk ruang tamu rumah adalah sesuatu yang kadang-kadang rumit dan memeningkan kepala. Apa tidaknya, warna dindinglah yang akan mendominasi “mood” sesuatu ruang, kalau sudah tersilap warna untuk berpatah balik dan menukar warna adalah sesuatu yang memenatkan dan memakan belanja serta membazir masa. Kali ini kami akan kongsikan beberapa kesilapan yang selalu dibuat dalam memilih warna ruang tamu rumah. 


#Kesilapan 1 : Mengecat dinding terlebih dahulu sebelum memilih tema


Pilih warna tema terlebih dahulu

Jangan mengecat dinding @ memilih warna untuk dinding sebelum menetapkan tema ruang anda . Ini kerana jika anda mengecat dinding terlebih dahulu ianya akan menyukarkan keadaan apabila tiba masa untuk “match” kan warna perabot, langsir, fabrik dan lain-lain.

Cara yang sepatutnya: Tetapkan dahulu tema warna perabot, fabrik, karpet, lantai, langsir dan sebagainya. Rancang “colour scheme” yang anda mahu untuk ruang tersebut. Ambil kira warna –warna yang akan digunakan, cari warna yang saling melengkapi.


#Kesilapan 2 : Memilih warna yang terlalu terang
 



 Warna hijau epal terang ataupun biru terang agak “trendy” sekarang ini, dan memang kelihatan menarik pada lampu seramik atau pada sarung bantal sutera kerana ia kelihatan berkilau dan ada tekstur. Tetapi apabila kita letakkan warna-warna terang tadi pada dinding yang luas ianya akan jadi terlalu terang , boleh berpinar mata.

Cara yang sepatutnya: Kalau anda sememangnya peminat warna-warna yang terang dan ingin juga menggunakkan warna tersebut untuk ruang tamu rumah, anda bolehlah melengkapkan ruang tersebut dengan perabot, langsir, fabric dan lain-lain dengan warna yang mempunyai tone neutral ataupun warna putih. Apabila warna item-item disekeliling neutral ataupun putih ianya akan lebih menyokong dan melengkapkan warna dinding anda, tidaklah jadi caca merba.


Warna perabot neutral


#Kesilapan 3 : Tidak mengambil kira keseluruhan warna rumah


Transisi warna dari satu ruang ke satu ruang yang lain kadang-kadang agak rumit. Bayangkan jika disatu ruang warna oren terang dan di ruang sebelah lagi warna merah jambu terang.


Warna transisi yang sesuai



Cara yang sepatutnya: Anda hendaklah merancang dan mengambil kira warna-warna dari ruang yang lain juga. Contohnya jika ruang tamu bersebelahan dengan ruang bacaan, ambil kira “flow” warna agar transisi warna menjadi lebih santai, menarik, teratur dan tidak kelam kabut. Ataupun  boleh menggunakan warna yang sesuai untuk menghubungkan transisi warna.



#Kesilapan 4 : Memilih warna yang tidak kena dengan “emosi” @ “mood” ruang
 
Warna garang


Semua orang ada warna kegemaran masing-masing, katakan warna kegemaran anda adalah merah, dan ingin mewarnakan ruang tamu dengan warna merah. Anda perlu berhenti dan berfikir sejenak , adakah warna tersebut sesuai dengan apa yang ingini seiring dengan mood ruang anda? Ataupun anda sebenarnya mahukan ruang tamu yang menenangkan dan relaks? Jadi perhatikan kehendak mood sesuatu ruang VS warna kegemaran. 



Warna tenang


Cara yang sepatutnya: Bergantung kepada mood bilik di inginkan , kalau anda mahukan ruang yang menenangkan dan santai, mungkin boleh pilih warna-warna yang sejuk seperti biru laut, hijau. Dan jika mahukan ruang yang bertenaga, warna seperti kuning dan oren adalah warna yang anda cari. 





#Kesilapan 5 : Mengabaikan langsung trend terkini




Jika anda menganggap diri anda adalah seorang yang “up to date” dan suka untuk mengikuti peredaran zaman,jangan abaikan langsung warna-warna yang sedang “trending”. Kerana anda tentunya tidak mahu di cop sebagai ketinggalan zaman kan? Jangan pilih warna-warna yang telah dianggap lapuk atau bukan "trend" pada masa itu.






Cara yang sepatutnya: Bolehlah perhati-perhatikan warna-warna yang “trending” pada masa itu. Warna yang “fresh”, dan pada kebiasaannya warna-warna terkini juga akan digunakkan oleh pengeluar-pengeluar perabot, langsir dan wall paper. Jadi mudahlah untuk anda “mix & match” untuk mencari barang-barang yang akan melengkapkan ruang tamu anda nanti.



Akhir sekali tidak ada halangan bagi anda untuk memilih apa-apa warna sekalipun, kerana yang akan duduk diruang tamu itu nanti adalah anda dan ahli keluarga jugak. Pilihlah warna yang kena dengan jiwa anda dan keluarga. Apa yang kami paparkan diatas adalah sebagai “guidelines” sahaja.





No comments:

Post a Comment