Kali ini Deko Rumah DIY nak lari topik sikit. Pasal kerja sekolah anak-anak, ya! Kerja sekolah. Bagi yang dah ada anak yang bersekolah selalu akan “berperang” bila nak suruh anak-anak menyiapkan kerja sekolah. Bukannya semua anak-anak macam tu, tapi biasalah kadang-kadang nak kena marah, ugut nak rotan, atau janji nak bagi gula-gula baru la nak buat “homework”. Jadi kali ini kami nak “share” kan sedikit tip yang boleh anda cuba untuk membantu anak-anak agar lebih bersemangat atau buat kerja sekolah tanpa kena paksa, InsyaAllah.
Tip #1 Buat jadual
Buat sebagai rutin. Jadual ini hendaklah pada masa yang sama
setiap hari supaya konsisten. Biar anak-anak tahu masa yang mereka akan kena buat kerja sekolah.
Bila sudah ada jadual, pastikan anda dan anak berpegang kepada jadual itu. Mungkin
mengambil masa untuk membiasakan diri, tapi anda harus buat secara berterusan.
Dengan adanya jadual tetap, menunjukkan kepada anak yang anda memetingkan pembelajaran.
Buat rutin yang mudah dan ringkas. Maklumkan anak-anak yang
masa untuk buat kerja sekolah bakal bermula lagi 5 minit atau 10 minit, supaya
mereka bersedia dan menukar mood kepada pelajaran pula. Minta mereka membuat
perkara yang menjuruskan minda mereka kepada kerja sekolah, seperti menyiapkan
meja “study”, keluarkan kerja sekolah, pensil, pemadam dan sebagainya.
Tip #3 Pilihan anak-anak
![]() |
Minta anak rancang pilihan |
Jika boleh (bergantung , jika keadaan mengizinkan), bagi
peluang untuk anak anda untuk membuat pilihan masa untuk membuat kerja sekolah.
Sama ada nak terus buat sebaik sahaja pulang dari sekolah , sebelum atau selepas makan malam. Atau mereka boleh
pilih untuk bangun awal pagi dan buat kerja sekolah. Satu pilihan yang anak
anda TIDAK ada ialah untuk tidak membuat
kerja sekolah.
Tip #4 Bantu sekadarnya
![]() |
Bantu sahaja untuk dapatkan, jangan bagi jawapan |
Bantulah anak-anak sekadarnya. Bantu jika mereka meminta
bantuan. Jangan selesaikan permasalahan atau kerja sekolah untuk anak-anak.
Dalam kata lain jangan beri jawapan untuk kerja sekolah mereka.
Bila anak beritahu , “saya tak pandai buat la”, balas “boleh
tu, cuba fikir betul-betul”. Bagi dorongan dan galakkan. Kemudian biarkan anak
untuk cuba selesaikan dahulu. Jika anak beritahu masih tak dapat jawapan atau minta bantuan untuk menyelesaikan masalah, bolehlah bantu dengan bertanya, JANGAN bagi jawapan.
Tanya antara soalan berikut untuk bantu mereka :
“Apa jawapan yang dapat?”
“Bahagian mana yang tak faham?”
“Boleh bagi contoh yang lain?”
“Apa jawapannya yang awak rasa?”
“Apakah cara yang cikgu dah ajar untuk menyelesaikan masalah
ini?”
Tip #5 Mengatur kehidupan
Didik anak supaya lebih teratur. Anak-anak sekolah biasanya belum
pandai mengatur. Luangkan banyak masa untuk didik anak mengatur kehidupan.
Contohnya selepas selesai kerja sekolah dan belajar barulah boleh bermain atau
membuat aktiviti lain. Ajarkan mengatur dengan betul, yang mana satu keutamaan
yang mana satu tidak, mengatur masa, menyelesaikan perkara mengikut keutamaan.
Didikan ini amat berguna dalam kehidupan anak untuk jangka masa panjang.
Tip #6 Kata-kata perangsang
Gantikan ganjaran seperti duit, aiskrim, gula-gula dan
lain-lain dengan kata-kata perangsang atau semangat. Ganjaran “rasuah” seperti
ini hanya memberi kesan untuk tempoh yang pendek. Sebaliknya berilah ganjaran dengan
perbuatan atau kata-kata positif. Contohnya:
“Cantik tulisan adik, nanti senang cikgu baca”
“Mak/Ayah nampak kamu belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan
nanti, mak/ayah doakan awak dapat keputusan yang cemerlang Insyaallah”
“Bagus! mak dan ayah suka tengok kamu rajin macam ni”
Gunalah ayat sendiri, atau kata-kata perangsang yang sesuai
dengan keadaan keluarga anda ya.
Tip #7 Tanggungjawab bersama dan suasana yang kondusif
Masa anak sedang membuat kerja sekolah pastikan “mood” atau
suasana rumah sesuai dengan “mood” pembelajaran, tutup televisyen, jangan ada
aktiviti yang bising atau yang boleh menggangu tumpuan anak. Jadikan masa
belajar sebagai komitmen bersama oleh seluruh keluarga. Jika anda tak dapat
memberikan komitmen, jangan harap anak untuk memberikan komitmen dan berdisplin
juga.
Tip #8 Ruang belajar yang sesuai
Sediakan satu ruang untuk anak belajar atau membuat kerja sekolah. Jika kita boleh adakan ruang untuk televisyen, bilik komputer dan sebagainya, cuba usahakan juga satu sudut untuk anak membuat kerja sekolah dan menelaah pelajaran.
Akhir sekali cubalah mana-mana tip diatas yang bersesuaian
dengan anda. Sabar dan istiqomah. InsyaAllah akan ada kesan.
No comments:
Post a Comment